Friday, August 18, 2017

6 Orang Kelantan Rupanya ! - Dua Tiga Kucing Berlari

     "Jangan lupa , malam ni ada perjumpaan dengan senior Muslim ," Aisyah terdengar perbualan orang belakangnya . " Haahlah , nasib baik orang belakang ingatkan , hehe " mulutnya sakan mengunyah pisang yang dibawa dari bilik .

.....

     "Eh, kenapa gelap sangat ni ? Betul ke tempat ni ? Entah-entah esok ? Ish , aku pun datang seorang kan dah takut," Aisyah meninjau-ninjau sekeliling dewan kuliah 2 yang sepatutnya menjadi tempat pertemuan bersama senior tahun dua pada malam itu . "Krekkk.." "Oh mak kau opocot !" Aisyah menutup matanya sebagai respon terkejut mendengar pintu terbuka . "Dek, kenapa tak masuk ?" "Hehe, nak masuk la ni . Tadi lawat kawasan , " Aisyah ketawa sendiri .

     " Alhamdulillah , semua dah ada ke ? Kalau dah cukup kita buka majlis dengan surah Al-Fatihah .... Amin-amin ya rabbal'alamin , syukur ke hadrat Ilahi akhirnya berjumpa juga kita junior senior muslim tahun satu dan tahun dua USM Kubang kerian . Okay sekarang abang serahkan majlis malam ini kepada Abang Shahrul selaku pengerusi SKB Tahun dua untuk teruskan majlis ," Mikrofon bertukar tangan dan sesi pengenalan skuad kerohanian batch pun berlangsung hampir dua jam .Walaupun biah universitinya tidaklah seperti sekolah menengah Aisyah , dia bersyukur kerana ada juga "BADAR" di situ . Aisyah menguap apabila orang sebelahnya menguap kemudian mereka berdua ketawa kecil bersama-sama . "Nama kita Mardhiah , duduk Nurani ," "Haii , nama kita Aisyah , duduk murni nanti datanglah tengok bilik hahaha ,"

     Akhirnya selesai sesi formal majlis malam itu . Kelihatan seorang senior perempuan berlari mencapai mikrofon di hadapan apabila pelajar-pelajar tahun dua mula meninggalkan dewan kuliah itu . " Cek cek one two three . Hehe , Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh . Apa khabar adik-adik , nama akak Tas Taha . So, since almost everyone is here I would like to invite all the muslim girls here to join us at netball court tomorrow for taaruf and friendly match . See ya !" Mesra dan bersemangat , senior itu kembali ke tempat duduknya . Baru sahaja Aisyah separuh berdiri , seorang lagi senior lelaki mencapai mikrofon di hadapan . " Okay , kalau budak perempuan ada friendly match , budak lelaki pun apa lagi . Kita jumpa esok di padang bola tapi sebelum itu abang nak perkenalkan foreign student yang berasalkan dari Pakistan , Fida Ghaddar . Okay can you give a short speech Fida to all our juniors here ? " Mikrofon bertukar tangan tetapi dewan itu bising dengan bunyi senior ketawa menyorak Fida . " Hello , my name is Fida . I hope you all can adapt well and jange lupo make budu deh , by the way actually I am pure Kelantanese although I am handsome like Pakistani , " Aisyah terpinga-pinga tidak percaya . Memang wajah senior itu sangat mirip pemain bola Ghaddar !

     " Okay , everyone dismiss ! Goodnight and see you tomorrow, "



No comments:

Post a Comment