Friday, August 18, 2017

6 Orang Kelantan Rupanya ! - Dua Tiga Kucing Berlari

     "Jangan lupa , malam ni ada perjumpaan dengan senior Muslim ," Aisyah terdengar perbualan orang belakangnya . " Haahlah , nasib baik orang belakang ingatkan , hehe " mulutnya sakan mengunyah pisang yang dibawa dari bilik .

.....

     "Eh, kenapa gelap sangat ni ? Betul ke tempat ni ? Entah-entah esok ? Ish , aku pun datang seorang kan dah takut," Aisyah meninjau-ninjau sekeliling dewan kuliah 2 yang sepatutnya menjadi tempat pertemuan bersama senior tahun dua pada malam itu . "Krekkk.." "Oh mak kau opocot !" Aisyah menutup matanya sebagai respon terkejut mendengar pintu terbuka . "Dek, kenapa tak masuk ?" "Hehe, nak masuk la ni . Tadi lawat kawasan , " Aisyah ketawa sendiri .

     " Alhamdulillah , semua dah ada ke ? Kalau dah cukup kita buka majlis dengan surah Al-Fatihah .... Amin-amin ya rabbal'alamin , syukur ke hadrat Ilahi akhirnya berjumpa juga kita junior senior muslim tahun satu dan tahun dua USM Kubang kerian . Okay sekarang abang serahkan majlis malam ini kepada Abang Shahrul selaku pengerusi SKB Tahun dua untuk teruskan majlis ," Mikrofon bertukar tangan dan sesi pengenalan skuad kerohanian batch pun berlangsung hampir dua jam .Walaupun biah universitinya tidaklah seperti sekolah menengah Aisyah , dia bersyukur kerana ada juga "BADAR" di situ . Aisyah menguap apabila orang sebelahnya menguap kemudian mereka berdua ketawa kecil bersama-sama . "Nama kita Mardhiah , duduk Nurani ," "Haii , nama kita Aisyah , duduk murni nanti datanglah tengok bilik hahaha ,"

     Akhirnya selesai sesi formal majlis malam itu . Kelihatan seorang senior perempuan berlari mencapai mikrofon di hadapan apabila pelajar-pelajar tahun dua mula meninggalkan dewan kuliah itu . " Cek cek one two three . Hehe , Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh . Apa khabar adik-adik , nama akak Tas Taha . So, since almost everyone is here I would like to invite all the muslim girls here to join us at netball court tomorrow for taaruf and friendly match . See ya !" Mesra dan bersemangat , senior itu kembali ke tempat duduknya . Baru sahaja Aisyah separuh berdiri , seorang lagi senior lelaki mencapai mikrofon di hadapan . " Okay , kalau budak perempuan ada friendly match , budak lelaki pun apa lagi . Kita jumpa esok di padang bola tapi sebelum itu abang nak perkenalkan foreign student yang berasalkan dari Pakistan , Fida Ghaddar . Okay can you give a short speech Fida to all our juniors here ? " Mikrofon bertukar tangan tetapi dewan itu bising dengan bunyi senior ketawa menyorak Fida . " Hello , my name is Fida . I hope you all can adapt well and jange lupo make budu deh , by the way actually I am pure Kelantanese although I am handsome like Pakistani , " Aisyah terpinga-pinga tidak percaya . Memang wajah senior itu sangat mirip pemain bola Ghaddar !

     " Okay , everyone dismiss ! Goodnight and see you tomorrow, "



Wednesday, December 14, 2016

5 Jambatan Tuhan - Dua Tiga Kucing Berlari

     " Entahlah , kita rasa bersemangat hari ini . Rasa macam nak beribadah hari ini , " Aisyah yang sedang menaip sesuatu di komputer ribanya berhenti lalu memandang kawan sebiliknya . Walaupun merasakan statement itu tidak seperti kebiasaan , demi menghormati kawannya , Aisyah terus mendengar . Dalam hatinya , dia mengucapkan syukur . Sudah lama dia menunggu hari itu .

     Selama mengenali Shahirah , Aisyah selalu merasakan dia gagal menjadi kawan yang baik . Tidak menganjurkan yang baik-baik , tidak menegah yang salah . Aisyah terlalu ' inferior complex '. Tidak kuat dalam urusan dakwahnya . Tetapi , Aisyah tidak pernah lupa untuk berdoa untuk kebaikan kawan dan keluarganya . Hanya itu yang dia mampu dan berani buat .

     " Alhamdulillah , kita sama-sama istiqamah ! " Aisyah tersenyum .

......

      " Aisyah , Subuh ." kawannya menggoncang-goncang badan Aisyah . Aisyah membuka mata . 
" Suara siapa pulak ni ? "  Dia mengalih badannya ke arah empunya suara . Selalunya Atikah yang mengejutkan mereka bertiga Subuh dengan suara 'mak cik' nya . " Shahirah ! " Aisyah bangun ceria dengan perubahan yang berlaku .

......

     " Kalau kita lalai , tak jaga solat boleh korang tolong tegur ? " Shahirah memecahkan kesunyian bilik itu . " Insya Allah , kita sama-sama tegur . Kita pun sama je Sha , " Aisyah membalas dengan senyuman manisnya ditambah lesum pipit generasi Kak Pah !

......

     Shahirah , dia belum cukup kenal dengan kawannya itu . Hanya sekadar latar belakang keluarga dan beberapa peristiwa pahit yang berlaku dalam hidup kawannya itu memberi Aisyah sedikit gambaran tentang peribadi Shahirah . Dia tidak mahu menambah lagi kekusutan hidup Shahirah namun kadang-kadang dia gagal menjadi yang terbaik .

.....

      " Wah seronoknya baring sini malam-malam ! " Shahirah keriangan sambil memandang lama ke arah bintang yang memenuhi langit malam itu . Tidak cukup seorang , tetapi Aisyah sudah gembira dengan reunion Study Group Apex mereka . Skemanya nama ! Hari itu hari jadi Atikah , lama mereka menunggu di luar bilik MPP menyorok . Siap dengan gitar dan party cake Aisyah dan kawan-kawannya yang lain membuat persediaan .

     " Nak main truth or dare ?" Aisyah memecah kesunyian malam itu . "Jom" serentak jawapan didengari . Tapi tak sampai lima minit , permainan tersebut bertukar menjadi sesi curhat dan kaunseling . Aisyah merenung lama ke langit sambil hatinya berulang mengucap syukur kerana dia tahu Tuhan sudah temukan dia dengan sahabat yang akan selalu ingatkan dia . "Terima Kasih Tuhan"
     
     

Saturday, September 17, 2016

4 Suap-suap manja - Dua Tiga Kucing Berlari

     Aisyah meneruskan lompatannya . Sudah menjadi kelaziman Aisyah untuk turun bersenam setiap petang sejak kecil . Namun dia hairan dengan saiz badannya yang tidak kurus-kurus . " Nasib badan kaulah  Aisyah ! "

     " Panas betul hari ni , nasib baik ada stadium kat sini boleh aku main skipping rope je kalau terik sangat , " Aisyah bermonolog sendiri . Dari melompat , berlari sehinggalah tekan tubi , Aisyah masih asyik dengan senamannya sehingga lupa bahawa dia berpuasa hari itu . Dari atas mini stadium USM , penuh dengan orang bersenam , dari dalam stroller sampai yang pakai tongkat . Ternyata universiti APEX!

     Sedang dia asyik meninjau kawasan padang USM , matanya tertarik ke arah gelanggang futsal di sebelah mini stadium . " Wah , budak lelaki first year dah rapat dengan senior dah . Kitorang tak kenal pun senior perempuan . Hmm hensem jugak senior medic aku ni , tapi sayang pendek hahaha , " Aisyah ketawa sambil melirik matanya ke arah seorang pelajar lelaki yang sedang berjalan beriringan dengan seorang foreigner menghala ke gelanggang futsal . " Ish , cakap kat orang , nanti dapat suami pendek ! " Aisyah terus fokus ke arah lompatannya .

......

      "Alamak , dah pukul tujuh ! " Aisyah berlari-lari anak ke arah kolej Murni . " Laparlah pulak , baru nak buka puasa dengan herbal life je , semangat sangat exercise tulah Aisyah , " Dia merungut sendirian sambil bergegas mencapai tualanya untuk mandi . Dalam perjalanan ke surau , azan Maghrib jelas kedengaran . " Arghh laparnya , menyesal menyesal !" 

.....

     " Amin , amin Ya Rabbal 'Alamin " Sejurus habis berdoa ramai yang ke belakang surau berbuka puasa . Aisyah turut duduk bersandar membuka bekas minuman 'Herbal Life' untuk berbuka puasa .   " Aisyah , puasa jugak ? Ada makanan tak ? " Aisyah mengangkat wajahnya mencari punca suara yang kedengaran kepoh seperti makcik-makcik di kampung . " Oh , Atikah ! " desisnya dalam hati menyedari jiran biliknya bersama beberapa orang rakan kuliahnya di sudut surau itu . " Saya minum ni je , diet hehehe . Makanlah takpa , " Aisyah menolak lembut . " Eh , takpa jom jom makan sekali . Lagi ramai lagi best ! Duduk sini , " Atikah tidak mengalah . 

.....

     " Aisyah pergi jogging ke tadi ? " Atikah bertanya mesra sambil tangannya menggaul lauk nasi ayam di hadapannya . " Haah , tapi .. " Tak sempat Aisyah menjawab , Atikah lebih laju menyuap nasi ke dalam mulut Aisyah . Aisyah tersenyum walaupun sedikit terkejut melihat kemesraan Atikah . Buka puasa pertama di USM dengan kawan baru , Atikah , Sarah dan Shahirah !

.....



3 Kelas Pertama - Dua Tiga Kucing Berlari


      " Assalamualaikum . Nama abang Muhammad Halim Bin Rosli . " seorang ' survivor ' tahun satu mula memperkenalkan diri . Aisyah masih bingung tentang status ' survivor ' ini . Dia duduk di tengah-tengah kelas tersebut . Tidak kanan  tidak kiri . Bukan atas , bukan bawah .

     Tidak lama kemudian , berapa ramai senior daaa yang masuk promote persatuan itu ini . Tetapi dalam ramai-ramai , ada seorang senior lelaki yang masuk segak berkemeja putih mengambil mikrofon dan terus memberi ucapan selamat datang kepada pelajar-pelajar " freshie " di dalam dewan tersebut .

      " Abang , ketua batch tahun dua , Syahrul Fadeli , " Aisyah tersedak . " Aku ingat tahun lima tadi ! " dia sedikit tersengih , merasakan perkara itu lucu . Senior lelaki yang nampak matang dengan misai dan janggut yang lebat tetapi kemas , ditambah gaya percakapan yang mantap menyedarkan Aisyah bahawa dia memang betul-betul telah berada di universiti !
.....

     Hari-hari pertamanya dipenuhi kelas ' Bioethics Block ' oleh para pensyarah yang berlatarkan kepakaran yang pelbagai . Bagi Aisyah , dia amat gemar dengan kandungan syarahan blok pembelajaran yang sedang berlangsung walaupun dia perasan yang ramai antara rakan sekuliahnya tidak menunjukkan minat dalam blok itu . Mungkin disebabkan penyampaiannya banyak berlatarkan etika dan perkara-perkara abstrak yang kurang menyentuh tentang pembelajaran perubatan , mungkin sekali .

.....

     Aisyah berjalan longlai keluar dari makmal pelbagai guna universitinya . Tiba-tiba , telefon bimbitnya berbunyi dan terpancar nama ayahnya di skrin telefon itu . Aisyah mengangkat dan mengucapkan salam . Ayahnya terus bertanya khabar tetapi belum sempat Aisyah menjawab , dia terus menangis sebak .

     Jarak dewan kuliah dengan bilik kolej yang tidak sampai 1 kilometer terasa jauh hari itu . Dadanya berombak menahan diri dari mengeluarkan bunyi tangisan sepanjang berbual dengan ayah dan emak. Lima tahun di asrama sewaktu alam persekolahan menengah , dia tidak pernah menangis malah gembira melalui kehidupan berasrama. Entah kenapa , dia dapat merasakan dia tidak akan dapat menyesuaikan diri dengan cepat di USM .

.....

     "Aisyah !" Aisyah menoleh lambat usai mengelap kesan air matanya . " Belanja aku ais krim " seorang pelajar lelaki yang nampak sedikit tua dari umurnya menyapa mesra . " Eh Tomato ! Boleh , ambillah mana-mana yang awak nak , nanti kita bayar , " Aisyah membalas mesra , gembira bertambah lagi kawan . Tapi dia hairan , kenapa muka Tomato tua sangat ? Dia ketawa kecil dalam hati !

.....

      
     

Thursday, March 10, 2016

Tuah

     "Eh you buat apa kat sini ?" Wong menyapa ramah . Dia memang begitu , orang panggil 'mesra alam' . Tidak kira bangsa atau agama , Wong memang mudah membuat kawan . Hani yang sedang membelek resit baki wang usai urusannya di bank terus mengangkat mukanya tersenyum . " Aku tengah tunggu Athirah , janji nak jumpa sini tapi dah lama jugak ni . Aku tertinggal phone kat bilik , tak dapat contact dia . Pinjam phone kau jap boleh ? " " Ambillah , I nak pergi bank jap tau , " Wong menyerahkan telefon bimbitnya dan berlalu ke bank . " Nasib baik budak ni lalu , kalau tak terpaksa aku naik bilik tutorial balik , " desis hati kecil Hani .

     " Dah whatsapp Athirah ? " Wong menegur dari belakang . " Fuh , terkejut aku . Cuba bagi salam dulu , " Hani mengurut dadanya . " Dah , macam lama lagi kot . You nak balik Nurani ke ? " Wong berfikir lama , " Hmm , nak balik ke tak eh ? Study library lah . Jom , " Wong menukar arahnya ke arah Murni . Memang selalu dia makan di Murni dulu baru ke perpustakaan kerana bangunannya satu jalan ke Murni . Hani mengikut dari belakang .

     Mereka berborak panjang sehingga sampai di hadapan laluan menurunkan pesakit , Wong menoleh sedikit wajahnya " Eh , mereka itu boleh ke ? " dia bertanya Hani . Hani turut sama melihat ke arah pandangan Wong , " Macam okay je , " Namun Wong secara tiba-tiba berpatah balik berjalan pantas ke arah kerumun keluarga Melayu yang sedang mengangkat seorang kanak-kanak yang diikat kakinya dengan kain dan kayu panjang . Kanak-kanak tersebut nampak seperti sedikit istimewa dan kurus daripada kanak-kanak normal yang lain . Hani menoleh pula ke arah seorang lagi remaja lelaki yang duduk di atas kerusi roda berdekatan dengan katil kanak-kanak perempuan tadi . Dia cuba turut sama menolong tetapi ahli keluarga tersebut sudah cukup untuk menolak katil dan kerusi roda kanak-kanak dan remaja tadi termasuklah Wong yang berada di hadapan sekali menyorong katil kecil itu .

     Hani berjalan sama di sebelah seorang pemuda yang membantu menolak kerusi roda remaja lelaki tadi sambil berborak bertanyakan khabar dan perihal remaja tersebut . Adik-beradik rupa-rupanya remaja lelaki tersebut dengan kanak-kanak perempuan itu . Mendengarkan perkara tersebut , Hani berasa sedikit kagum melihat usaha ahli keluarga mereka membawa mereka ke hospital beramai-ramai . Wajah mereka senang dan tidak nampak sebarang rasa terpaksa menguruskan dua beradik yang Hani kira sedikit istimewa dari orang lain itu . Sesampainya mereka di hadapan klinik ortopedik HUSM , mereka mengucapkan terima kasih dan Wong bersama-sama Hani pun meninggalkan klinik itu meneruskan perjalanan ke kafe Murni .

     " Kita kalau lihat orang macam susah sedikit , kita mesti mahu tolong punya , " Wong memulakan percakapan pelat Cinanya . Hani sedikit malu mendengar kata-kata Wong , menyedari dia jarang peka dengan keadaan sekelilingnya padahal kawasan universitinya berada dalam hospital yang secara logiknya penuh dengan orang yang sakit dan memerlukan pertolongan . " I kalau pergi kelas , mesti guna jalan hospital . Sebab I tahu , mesti ramai yang kita boleh tolong . Kadang-kadang I tengok ah , student medic semua main jalan saja tak tengok orang kanan kiri . Kita ni , kira bertuah boleh hidup sihat , tak macam orang lain , " Wong menyambung panjang . Hani memandang Wong , mengangguk tanda bersetuju . Mereka sampai di kafe dan mengucapkan selamat tinggal sebelum Hani naik ke bilik membawa pulang sebungkus nasi dan pengajaran .


Saturday, May 2, 2015

Tiada

Kami lalu di hadapan gerai itu ,
Meninjau kalau-kalau masih ada sekujur tubuh itu .

Tiada .

Istighfar .

Ingat Ingat

Kereta itu berlalu pergi lagi
Sudah kali ke berapa entah untuk hari ini
Memang kebiasaannya begini kata penduduk tempatan
Ah , beruntungnya mereka
Selalu dihidupkan hati dengan peringatan seperti ini

Aku nanti bagaimana pula

Terfikir saja sudah buat aku gerun.
Semoga mereka di dalam kereta itu tenang selalu

Al-Fatihah