Saturday, September 17, 2016

3 Kelas Pertama - Dua Tiga Kucing Berlari


      " Assalamualaikum . Nama abang Muhammad Halim Bin Rosli . " seorang ' survivor ' tahun satu mula memperkenalkan diri . Aisyah masih bingung tentang status ' survivor ' ini . Dia duduk di tengah-tengah kelas tersebut . Tidak kanan  tidak kiri . Bukan atas , bukan bawah .

     Tidak lama kemudian , berapa ramai senior daaa yang masuk promote persatuan itu ini . Tetapi dalam ramai-ramai , ada seorang senior lelaki yang masuk segak berkemeja putih mengambil mikrofon dan terus memberi ucapan selamat datang kepada pelajar-pelajar " freshie " di dalam dewan tersebut .

      " Abang , ketua batch tahun dua , Syahrul Fadeli , " Aisyah tersedak . " Aku ingat tahun lima tadi ! " dia sedikit tersengih , merasakan perkara itu lucu . Senior lelaki yang nampak matang dengan misai dan janggut yang lebat tetapi kemas , ditambah gaya percakapan yang mantap menyedarkan Aisyah bahawa dia memang betul-betul telah berada di universiti !
.....

     Hari-hari pertamanya dipenuhi kelas ' Bioethics Block ' oleh para pensyarah yang berlatarkan kepakaran yang pelbagai . Bagi Aisyah , dia amat gemar dengan kandungan syarahan blok pembelajaran yang sedang berlangsung walaupun dia perasan yang ramai antara rakan sekuliahnya tidak menunjukkan minat dalam blok itu . Mungkin disebabkan penyampaiannya banyak berlatarkan etika dan perkara-perkara abstrak yang kurang menyentuh tentang pembelajaran perubatan , mungkin sekali .

.....

     Aisyah berjalan longlai keluar dari makmal pelbagai guna universitinya . Tiba-tiba , telefon bimbitnya berbunyi dan terpancar nama ayahnya di skrin telefon itu . Aisyah mengangkat dan mengucapkan salam . Ayahnya terus bertanya khabar tetapi belum sempat Aisyah menjawab , dia terus menangis sebak .

     Jarak dewan kuliah dengan bilik kolej yang tidak sampai 1 kilometer terasa jauh hari itu . Dadanya berombak menahan diri dari mengeluarkan bunyi tangisan sepanjang berbual dengan ayah dan emak. Lima tahun di asrama sewaktu alam persekolahan menengah , dia tidak pernah menangis malah gembira melalui kehidupan berasrama. Entah kenapa , dia dapat merasakan dia tidak akan dapat menyesuaikan diri dengan cepat di USM .

.....

     "Aisyah !" Aisyah menoleh lambat usai mengelap kesan air matanya . " Belanja aku ais krim " seorang pelajar lelaki yang nampak sedikit tua dari umurnya menyapa mesra . " Eh Tomato ! Boleh , ambillah mana-mana yang awak nak , nanti kita bayar , " Aisyah membalas mesra , gembira bertambah lagi kawan . Tapi dia hairan , kenapa muka Tomato tua sangat ? Dia ketawa kecil dalam hati !

.....

      
     

No comments:

Post a Comment