Showing posts with label Dua Tiga Kucing Berlari. Show all posts
Showing posts with label Dua Tiga Kucing Berlari. Show all posts

Friday, August 18, 2017

6 Orang Kelantan Rupanya ! - Dua Tiga Kucing Berlari

     "Jangan lupa , malam ni ada perjumpaan dengan senior Muslim ," Aisyah terdengar perbualan orang belakangnya . " Haahlah , nasib baik orang belakang ingatkan , hehe " mulutnya sakan mengunyah pisang yang dibawa dari bilik .

.....

     "Eh, kenapa gelap sangat ni ? Betul ke tempat ni ? Entah-entah esok ? Ish , aku pun datang seorang kan dah takut," Aisyah meninjau-ninjau sekeliling dewan kuliah 2 yang sepatutnya menjadi tempat pertemuan bersama senior tahun dua pada malam itu . "Krekkk.." "Oh mak kau opocot !" Aisyah menutup matanya sebagai respon terkejut mendengar pintu terbuka . "Dek, kenapa tak masuk ?" "Hehe, nak masuk la ni . Tadi lawat kawasan , " Aisyah ketawa sendiri .

     " Alhamdulillah , semua dah ada ke ? Kalau dah cukup kita buka majlis dengan surah Al-Fatihah .... Amin-amin ya rabbal'alamin , syukur ke hadrat Ilahi akhirnya berjumpa juga kita junior senior muslim tahun satu dan tahun dua USM Kubang kerian . Okay sekarang abang serahkan majlis malam ini kepada Abang Shahrul selaku pengerusi SKB Tahun dua untuk teruskan majlis ," Mikrofon bertukar tangan dan sesi pengenalan skuad kerohanian batch pun berlangsung hampir dua jam .Walaupun biah universitinya tidaklah seperti sekolah menengah Aisyah , dia bersyukur kerana ada juga "BADAR" di situ . Aisyah menguap apabila orang sebelahnya menguap kemudian mereka berdua ketawa kecil bersama-sama . "Nama kita Mardhiah , duduk Nurani ," "Haii , nama kita Aisyah , duduk murni nanti datanglah tengok bilik hahaha ,"

     Akhirnya selesai sesi formal majlis malam itu . Kelihatan seorang senior perempuan berlari mencapai mikrofon di hadapan apabila pelajar-pelajar tahun dua mula meninggalkan dewan kuliah itu . " Cek cek one two three . Hehe , Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh . Apa khabar adik-adik , nama akak Tas Taha . So, since almost everyone is here I would like to invite all the muslim girls here to join us at netball court tomorrow for taaruf and friendly match . See ya !" Mesra dan bersemangat , senior itu kembali ke tempat duduknya . Baru sahaja Aisyah separuh berdiri , seorang lagi senior lelaki mencapai mikrofon di hadapan . " Okay , kalau budak perempuan ada friendly match , budak lelaki pun apa lagi . Kita jumpa esok di padang bola tapi sebelum itu abang nak perkenalkan foreign student yang berasalkan dari Pakistan , Fida Ghaddar . Okay can you give a short speech Fida to all our juniors here ? " Mikrofon bertukar tangan tetapi dewan itu bising dengan bunyi senior ketawa menyorak Fida . " Hello , my name is Fida . I hope you all can adapt well and jange lupo make budu deh , by the way actually I am pure Kelantanese although I am handsome like Pakistani , " Aisyah terpinga-pinga tidak percaya . Memang wajah senior itu sangat mirip pemain bola Ghaddar !

     " Okay , everyone dismiss ! Goodnight and see you tomorrow, "



Wednesday, December 14, 2016

5 Jambatan Tuhan - Dua Tiga Kucing Berlari

     " Entahlah , kita rasa bersemangat hari ini . Rasa macam nak beribadah hari ini , " Aisyah yang sedang menaip sesuatu di komputer ribanya berhenti lalu memandang kawan sebiliknya . Walaupun merasakan statement itu tidak seperti kebiasaan , demi menghormati kawannya , Aisyah terus mendengar . Dalam hatinya , dia mengucapkan syukur . Sudah lama dia menunggu hari itu .

     Selama mengenali Shahirah , Aisyah selalu merasakan dia gagal menjadi kawan yang baik . Tidak menganjurkan yang baik-baik , tidak menegah yang salah . Aisyah terlalu ' inferior complex '. Tidak kuat dalam urusan dakwahnya . Tetapi , Aisyah tidak pernah lupa untuk berdoa untuk kebaikan kawan dan keluarganya . Hanya itu yang dia mampu dan berani buat .

     " Alhamdulillah , kita sama-sama istiqamah ! " Aisyah tersenyum .

......

      " Aisyah , Subuh ." kawannya menggoncang-goncang badan Aisyah . Aisyah membuka mata . 
" Suara siapa pulak ni ? "  Dia mengalih badannya ke arah empunya suara . Selalunya Atikah yang mengejutkan mereka bertiga Subuh dengan suara 'mak cik' nya . " Shahirah ! " Aisyah bangun ceria dengan perubahan yang berlaku .

......

     " Kalau kita lalai , tak jaga solat boleh korang tolong tegur ? " Shahirah memecahkan kesunyian bilik itu . " Insya Allah , kita sama-sama tegur . Kita pun sama je Sha , " Aisyah membalas dengan senyuman manisnya ditambah lesum pipit generasi Kak Pah !

......

     Shahirah , dia belum cukup kenal dengan kawannya itu . Hanya sekadar latar belakang keluarga dan beberapa peristiwa pahit yang berlaku dalam hidup kawannya itu memberi Aisyah sedikit gambaran tentang peribadi Shahirah . Dia tidak mahu menambah lagi kekusutan hidup Shahirah namun kadang-kadang dia gagal menjadi yang terbaik .

.....

      " Wah seronoknya baring sini malam-malam ! " Shahirah keriangan sambil memandang lama ke arah bintang yang memenuhi langit malam itu . Tidak cukup seorang , tetapi Aisyah sudah gembira dengan reunion Study Group Apex mereka . Skemanya nama ! Hari itu hari jadi Atikah , lama mereka menunggu di luar bilik MPP menyorok . Siap dengan gitar dan party cake Aisyah dan kawan-kawannya yang lain membuat persediaan .

     " Nak main truth or dare ?" Aisyah memecah kesunyian malam itu . "Jom" serentak jawapan didengari . Tapi tak sampai lima minit , permainan tersebut bertukar menjadi sesi curhat dan kaunseling . Aisyah merenung lama ke langit sambil hatinya berulang mengucap syukur kerana dia tahu Tuhan sudah temukan dia dengan sahabat yang akan selalu ingatkan dia . "Terima Kasih Tuhan"
     
     

Saturday, September 17, 2016

4 Suap-suap manja - Dua Tiga Kucing Berlari

     Aisyah meneruskan lompatannya . Sudah menjadi kelaziman Aisyah untuk turun bersenam setiap petang sejak kecil . Namun dia hairan dengan saiz badannya yang tidak kurus-kurus . " Nasib badan kaulah  Aisyah ! "

     " Panas betul hari ni , nasib baik ada stadium kat sini boleh aku main skipping rope je kalau terik sangat , " Aisyah bermonolog sendiri . Dari melompat , berlari sehinggalah tekan tubi , Aisyah masih asyik dengan senamannya sehingga lupa bahawa dia berpuasa hari itu . Dari atas mini stadium USM , penuh dengan orang bersenam , dari dalam stroller sampai yang pakai tongkat . Ternyata universiti APEX!

     Sedang dia asyik meninjau kawasan padang USM , matanya tertarik ke arah gelanggang futsal di sebelah mini stadium . " Wah , budak lelaki first year dah rapat dengan senior dah . Kitorang tak kenal pun senior perempuan . Hmm hensem jugak senior medic aku ni , tapi sayang pendek hahaha , " Aisyah ketawa sambil melirik matanya ke arah seorang pelajar lelaki yang sedang berjalan beriringan dengan seorang foreigner menghala ke gelanggang futsal . " Ish , cakap kat orang , nanti dapat suami pendek ! " Aisyah terus fokus ke arah lompatannya .

......

      "Alamak , dah pukul tujuh ! " Aisyah berlari-lari anak ke arah kolej Murni . " Laparlah pulak , baru nak buka puasa dengan herbal life je , semangat sangat exercise tulah Aisyah , " Dia merungut sendirian sambil bergegas mencapai tualanya untuk mandi . Dalam perjalanan ke surau , azan Maghrib jelas kedengaran . " Arghh laparnya , menyesal menyesal !" 

.....

     " Amin , amin Ya Rabbal 'Alamin " Sejurus habis berdoa ramai yang ke belakang surau berbuka puasa . Aisyah turut duduk bersandar membuka bekas minuman 'Herbal Life' untuk berbuka puasa .   " Aisyah , puasa jugak ? Ada makanan tak ? " Aisyah mengangkat wajahnya mencari punca suara yang kedengaran kepoh seperti makcik-makcik di kampung . " Oh , Atikah ! " desisnya dalam hati menyedari jiran biliknya bersama beberapa orang rakan kuliahnya di sudut surau itu . " Saya minum ni je , diet hehehe . Makanlah takpa , " Aisyah menolak lembut . " Eh , takpa jom jom makan sekali . Lagi ramai lagi best ! Duduk sini , " Atikah tidak mengalah . 

.....

     " Aisyah pergi jogging ke tadi ? " Atikah bertanya mesra sambil tangannya menggaul lauk nasi ayam di hadapannya . " Haah , tapi .. " Tak sempat Aisyah menjawab , Atikah lebih laju menyuap nasi ke dalam mulut Aisyah . Aisyah tersenyum walaupun sedikit terkejut melihat kemesraan Atikah . Buka puasa pertama di USM dengan kawan baru , Atikah , Sarah dan Shahirah !

.....



3 Kelas Pertama - Dua Tiga Kucing Berlari


      " Assalamualaikum . Nama abang Muhammad Halim Bin Rosli . " seorang ' survivor ' tahun satu mula memperkenalkan diri . Aisyah masih bingung tentang status ' survivor ' ini . Dia duduk di tengah-tengah kelas tersebut . Tidak kanan  tidak kiri . Bukan atas , bukan bawah .

     Tidak lama kemudian , berapa ramai senior daaa yang masuk promote persatuan itu ini . Tetapi dalam ramai-ramai , ada seorang senior lelaki yang masuk segak berkemeja putih mengambil mikrofon dan terus memberi ucapan selamat datang kepada pelajar-pelajar " freshie " di dalam dewan tersebut .

      " Abang , ketua batch tahun dua , Syahrul Fadeli , " Aisyah tersedak . " Aku ingat tahun lima tadi ! " dia sedikit tersengih , merasakan perkara itu lucu . Senior lelaki yang nampak matang dengan misai dan janggut yang lebat tetapi kemas , ditambah gaya percakapan yang mantap menyedarkan Aisyah bahawa dia memang betul-betul telah berada di universiti !
.....

     Hari-hari pertamanya dipenuhi kelas ' Bioethics Block ' oleh para pensyarah yang berlatarkan kepakaran yang pelbagai . Bagi Aisyah , dia amat gemar dengan kandungan syarahan blok pembelajaran yang sedang berlangsung walaupun dia perasan yang ramai antara rakan sekuliahnya tidak menunjukkan minat dalam blok itu . Mungkin disebabkan penyampaiannya banyak berlatarkan etika dan perkara-perkara abstrak yang kurang menyentuh tentang pembelajaran perubatan , mungkin sekali .

.....

     Aisyah berjalan longlai keluar dari makmal pelbagai guna universitinya . Tiba-tiba , telefon bimbitnya berbunyi dan terpancar nama ayahnya di skrin telefon itu . Aisyah mengangkat dan mengucapkan salam . Ayahnya terus bertanya khabar tetapi belum sempat Aisyah menjawab , dia terus menangis sebak .

     Jarak dewan kuliah dengan bilik kolej yang tidak sampai 1 kilometer terasa jauh hari itu . Dadanya berombak menahan diri dari mengeluarkan bunyi tangisan sepanjang berbual dengan ayah dan emak. Lima tahun di asrama sewaktu alam persekolahan menengah , dia tidak pernah menangis malah gembira melalui kehidupan berasrama. Entah kenapa , dia dapat merasakan dia tidak akan dapat menyesuaikan diri dengan cepat di USM .

.....

     "Aisyah !" Aisyah menoleh lambat usai mengelap kesan air matanya . " Belanja aku ais krim " seorang pelajar lelaki yang nampak sedikit tua dari umurnya menyapa mesra . " Eh Tomato ! Boleh , ambillah mana-mana yang awak nak , nanti kita bayar , " Aisyah membalas mesra , gembira bertambah lagi kawan . Tapi dia hairan , kenapa muka Tomato tua sangat ? Dia ketawa kecil dalam hati !

.....

      
     

Friday, April 10, 2015

2 Hitam Manis - Dua Tiga Kucing Berlari

     " Siapa ketua bas D ? " suara seorang fasilitator wanita yang lantang itu terus menyengat gegendang telinga Aisyah , langsung mengejutkannnya .

     " Saya , kak . Tapi tak cukup lagi . Dah cuba call tapi tak ... "

     " Aku tak kisah , kalau lambat ,ketua yang tanggung , " tak sempat Aisyah menghabiskan ayatnya.

     " Aduh , dahlah ketua bidan terjun . Mana aku nak kenal 40 orang dalam bas ni . Yang diorang ni pun , macam-macam , takleh punctual langsung , " Aisyah menahan sabarnya di hadapan kakak senior itu .

     " Siapa ada kenal yang tak datang lagi ni ? " Aisyah mula menunjukkan kreadibilitinya sebagai seorang ketua bas . Ketua bas pun ketua bas laa .

     " Yes , dah cukup . Jom naik bas ! " Aisyah sedikit lega selepas mengira ahli basnya sudah cukup .

......

     " Lari lari . Hujan ! " Mereka yang baru turun bas dengan wajah mamai itu terus memecut ke dalam kawasan hutan Lata Belatan , penempatan mereka untuk tempoh dua hari yang seterusnya .

     " Okay , letak barang kat sini dulu . Surau belah sana , tandas perempuan belakang dewan makan . Tandas lelaki bahagian sana . Sekarang semua solat dulu . sepuluh minit lagi kumpul dalam dewan utama , faham ? " sedikit tinggi suara saudara yang memberi arahan kepada mereka .

     " Serious tandas dia macam ni? " " Macam mana nak mandi ni ? Kolah ? " suara-suara yang kedengaran tidak Aisyah endahkan . Dia sudah biasa dengan keadaan kem sebegini . Asrama sewaktu zaman persekolahannya dahulu juga tidak kurang begini jika keputusan bekalan air .

.....

      " Jam , handphone , dompet , segala bagai gajet korang tolong kumpul dalam plastik yang dah diberi . Lima minit sahaja terus masuk dalam barisan ! " 

     " Kumpulan satu ? "

     " Ya ! " Aisyah dan ahli kumpulannya serentak menjawab . 

     " Pilih seorang ketua . Setiap kali beratur , ketua kena berada di hadapan barisan dan kira ahli kumpulan . Setiap ketua kena melaporkan status kumpulan masing-masing . Faham ? "

      " Faham tuan ! " Bergema dewan terbuka tersebut dengan suara para pelajar kesihatan USMKK .

     " Baik , sekarang kita berkenalan dengan fasilitator setiap kumpulan , "

     " Assalamualaikum , nama saya Acap . Fasi Kumpulan 1 . Tak payah nak panggil abang sangat ea , Acap cukup "

     Entah kenapa perkenalan sebegitu membuatkan hati Aisyah tercuit , dia hanya mampu ketawa sendiri di dalam hati .

    ......

     " Ikhwan"

     " Suci "
  
     " Has "

     " Aisyah "

     " Kuhan "

     " Wei Jia "

     " Ming "

     " Asmida "



     .....

     Sesi Pimpin Siswa di Hutan Lata Belatan kali ini persis kem ketenteraan . Panggilan semua bertukar menjadi Tuan . Tuan itu Tuan ini . Abang Kakak garang tak mahu senyum . Tapi , dalam suasana begitu sempat lagi ekor mata Aisyah melirik ke arah seseorang . 

     " Tolong pacak paku belah sana , " seorang " Tuan " meminta bantuan fasilitator berhampiran khemah yang sedang dinaikkan . 

     " Nampak susah je nak naikkan khemah ni .Tapi kalau abang tadi yang tolong , kerja susah pun jadi senang , " Aisyah sudah mula angau .

.....

     " Weh , bunyi siren ! " ahli khemah Aisyah sudah mula kelam kabut  .

     Aisyah yang masih menggosok-gosok matanya kelihatan tenang . Dia lupa dia masih dalam" kem tentera " . " Aisyah , cepat ! " gesa salah seorang rakan khemahnya .

     " Pukul berapa ni ? Kena bawak pinggan mangkuk tak ? Abang tu cakap kena bawak pergi mana-mana ? " Aisyah yang baru sedar mulai cemas .

     " Ah , sorok dalam bajulah pinggan mangkuk ni . Tak adalah segan sangat , " 

     " 5 , 4 ,3 , 2 ,1 "

     " Semua cukup ? Kumpulan satu cukup ? Dua ? Tiga ? .... " " Siapa yang bawa pinggan mangkuk tu dah kenapa ? Saya bagi sepuluh saat , balik khemah simpan ! "

     " Aduh , kata bawa pergi mana-mana . Tak serupa bikin , " Aisyah sedikit tertekan dengan suasana awal pagi itu .

     Gedebuk ! " Aduh dada aku ! " Aisyah menjerit sakit .

     " Kau okay tak ? " seorang pelajar lelaki yang tinggal di khemah hadapan Aisyah menegurnya apabila melihat dia tersungkur di celah-celah akar besar semasa dia berlari laju untuk memulangkan pinggan mangkuk " amanah " nya .

     Aisyah berlalu pergi malu tanpa sebarang kata .

     " Pagi ini , kita akan masuk hutan ! "

     " Nooo ! " " Seriously ? " " Gelap kot " " Hantu ! " Bising perkarangan kem Lata Belatan itu dengan suara-suara anak bandar yang jarang menyertai kem-kem pembangunan insan seperti ini . Aisyah sudah menjangka perkara ini berlaku kerana kebanyakan kem yang disertainya hampir semua melakukan aktiviti " night walking " ini , namun dia masih tidak dapat memadamkan perasaan takutnya terhadap makhluk ghaib lagi . Dia diam sahaja sepanjang aktiviti itu berlangsung .

     " Baiklah , password kita malam ini ialah " burung hantu " . Jika terjumpa siapa-siapa atau apa-apa , tanya mereka password ini .Jika saya tanya "burung" , kamu kena jawab "hantu" . Jika kamu tanya "burung" , jawapannya mestilah "hantu" . Selain jawapan tersebut , kamu teruskan perjalanan . Faham semua ? " serius Tuan itu memberi penerangan .

     " Faham Tuan ! "

.....

      Hari kedua mereka sarat dengan aktiviti sukan menarik . Bukan apa , PIC nya pun menarik perhatian Aisyah . Walaupun agak kebudak-budakan , namun aktiviti sukaneka itu sangat meriah dan dapat merapatkan lagi hubungan sesama ahli yang baru dibina dalam semua kumpulan . 
   
    Sebelum menjelang tengah hari , satu permainan masakan diadakan . Ayam disembelih sendiri ! Aisyah bukanlah selalu masuk dapur tetapi untuk masak simple recipe bukanlah satu masalah . Masalahnya , permainannya adalah untuk barter barang masakan yang diberi dengan kumpulan lain untuk melengkapkan resepi masakan setiap kumpulan .

     " Dapat rempah kari je ? Goreng jelah . Nak buat kari tak ada bahan lain , nak barter pun tak ada bahan lain nak tukar , " Aisyah memberi idea , Namun ada wajah yang sedang mengidam kari nampak tidak bersetuju dengan idea tersebut ,

     " Macam mana nak hidupkan api guna kayu arang ni ? " salah seorang yang menguruskan nasi bertanya .

     Salah seorang ahli lelaki di dalam kumpulan mereka terus mengambil alih hal "lelaki" tersebut .

     " Acap , ce tengok kari kitorang ? "

     " Tak pernah masuk dapur tolong mak ni, " Tiba-tiba kedengaran suara dari belakang Aisyah .

     " Kat dapur semua bahan ada abang oi , " desis Aisyah hanya mampu di dalam hati . Sempat dia berpusing melihat tuan punya suara . " Aduhai ! "

......

      " Guling semua guling ," meriah petang itu dengan balingan air dari fasilitator . Bukan sedikit , berbaldi-baldi . Dah tu , disuruh berguling pula di dalam selut di perkarangan kem tersebut . 

     " Jom masuk hutan ! Hari ni , kita belajar sedikit alam semula jadi , "

     " Iya lah tu , tak boleh percaya tuan-tuan kita ni ! "

     Benar tekaan Aisyah . Rupa-rupanya ada sebuah kolam lumpur di kawasan hutan tersebut .  Disebabkan mereka merupakan kumpulan satu , kumpulan Aisyah terpaksa berada di belakang sekali . 

......

     " Jom buat ninja turtle nak tak nanti masa lompat dalam kolam tu ? " ceria Has memberi cadangan.

     " Alamak , aku seganlah . Baik aku jalan dulu ! " Aisyah melajukan langkahnya . 

     Lepas halangan pertama ! Sakan fasilitator menyakat . 

     Ada lagi rupanya ! " Oh , inilah budak barcelona yang kau cakap tu ? " " Haah , inilah dia , " Dua orang fasilitator di hujung kolam itu mula berkomunikasi tanpa berhenti acah-acah membaling lumpur ke arah Aisyah .

    " Budak Barcelona ? " Aisyah lantas memandang dan meraba-raba baju jersey yang disarungnya setelah sedikit jauh dari mereka berdua .

     

1 Orientasi - Dua Tiga Kucing Berlari


     " Abang tumpang tanya , saya tak bawa sijil ko kurikulum . Tak ada listed in surat kemasukan , tapi hari ini dia minta . Macam mana eh ? " Aisyah memandang lama wajah fasilitator Minggu Siswa Lestari USM KK itu , masih menanti jawapan .

     Fasilitator itu membelek-belek helaian surat di dalam fail Aisyah . " Kejap eh , saya tanya urus setia .

    " Awak kos kesihatan ? "

    " Eh , tak . Saya kos medic . " Aisyah membalas mesra ."Muka aku tak ada muka doktor agaknya, " gumamnya dalam hati .

     " Oh , sorry sorry . Kejap ye , saya tengok sekali lagi , " Fasilitator itu berlalu pergi sekali lagi . Dua kali kerja .

.....

    " Ah , mengantuknya ! " desis Aisyah sambil menggeliat sopan di tempat duduknya . Mereka baru sahaja selesai mendengar ceramah " Integriti " malam itu .

    " Okay , sekarang ni kita akan main satu game . Nama game ni , " Maula kata " ," kata-kata fasilitator di atas pentas itu tiba-tiba membuat dewan itu bergema dengan suara ketawa fasilitator-fasilitator lain . Ada yang mengajuk perkataan " Maula " itu seolah-olah dia seorang star USMKK .

     " Baik , bila abang kata , " Maula kata " semua kena ikut apa yang Maula kata . Boleh tak ? " Senior lelaki itu terus menyambung tugasnya .

     " Boleh , takkan tak boleh , " Rakyat marhaen USMKK di dalam dewan itu terus menyahut semangat. 

     Usai permainan tersebut , pelajar-pelajar baharu USMKK yang sudah kepenatan itu mengemas barang-barang mereka bersiap-siap untuk pulang ke bilik . Tiba-tiba , mikrofon bertukar tangan .

......

     " Aku paling tak suka lah benda benda tarbiyyah masa orientasi ni alahai . Fake sangat , " Aisyah membisik perlahan kepada kawan sebelahnya , Ain . Mereka sudah setahun lebih kenal kerana pernah berada di pusat asasi yang sama sebelum ini . Buat masa dua hari ini , selain rakan sebiliknya , Khal , Ain sahajalah kawan yang Aisyah ada. Dia memang lambat menyesuaikan diri di tempat baharu . Lebih-lebih lagi dalam suasana Kelantan yang amat asing baginya .

     " Korang ingat , korang dapat masuk USMKLE tu korang boleh tunjuk hebat sangat ? Afham dulu dapat dua offer dari USMKK dental and USMKLE medic tu Afham tak macam ni la . Korang tau tak Afham dulu kat matriks , Afham top scorer tau , ni baru dapat masuk USMKLE dah tunjuk lagak sangat , " 

     " Peh , abang ni .Boleh tahan . Baik aku buat muka innocent takdelah kena attack sangat , " Aisyah masih menahan ngantuknya . Dia sudah lali dengan budaya orientasi " tarbiyyah " ini sejak asrama lagi . Tips dari Aisyah , ikut je la apa yang fasilitator-fasilitator ni nak . Lagi melawan lagi berang diorang .

     Sesi " tarbiyyah " itu diakhiri dengan prank hari jadi salah seorang pelajar KLE yang teruk kena di atas pentas tadi . Aisyah kenal sangat dengan dia , crush rakan sebiliknya di PALAM dahulu . Walaupun sesi itu berakhir dengan prank , Aisyah tahu , semua fasilitator mengharapkan agar junior-junior mereka dapat mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku . Bukan apa , semakin besar , semakin besar kepala .

.....

     " 5 , 4 , 3 ... "

     " Khal ! Roll Call dah lah . Jom jom , gosok gigi then terus turun , " Aisyah melompat dari katil atasnya di bilik 118 itu .

     " Aduh , macam mana boleh tak dengar alarm ni , kakak ni pun sabar lah . Aku dahlah lebih berat badan , tak larat den nak lari , " Aisyah membebel di dalam hati .

     Aisyah mengambil jalan short cut yang penuh dengan lalang dan rumput panjang di celah-celah pokok dekat dengan dataran perhimpunan itu . Kalau lambat , habislah kena berdiri kat depan . Dahlah tak basuh muka , main terjah je sarung baju .Tudung pun terkalih . 

     " Lembap  ! Mana lagi ? Kalau kami yang tidur lambat ni boleh bangun awal , apasal korang susah sangat nak turun pukul lima ni ? "seorang senior perempuan yang bersandar di tiang berhadapan dataran itu melempar kata-kata sinis di awal pagi . " Pagi-pagi aura negatif . Tak awet muda nanti ," Aisyah bermonolog . 

     Begitulah rutin orientasi yang dilalui mereka selama seminggu . Pukul lima roll call , nanti pukul satu pagi baru balik bilik . Sesi orientasi dipenuhi dengan ceramah-ceramah etika dan sistem universiti yang mengantuk belaka . 

.....

      " Okay , malam ni , kita akan adakan Majlis Sambutan Hari Raya dan majlis penutupan Minggu Siswa Lestari sekali gus . So , adik-adik pakailah meriah-meriah sikit macam nak sambut raya ya , "

      Hari terakhir Minggu Siswa Lestari itu bakal berakhir . Aisyah masih homesick . USM bukan universiti pilihannya . Perubatan bukan kursus pilihannya . Dia masih ingat , ketika keputusan UPU keluar , dia bukan main terkejut apabila mendapat tahu diterima masuk ke USM . Fikiran dan jiwanya sudah sebati dengan UiTM . Bak cogan kata " UiTM dihatiku " . Kawan-kawannya di Pusat Asasi UiTM Puncak Alam dan rakan-rakan yang mengikuti kursus "pre-medicine" di UiTM Sungai Buloh kebanyakannya diterima masuk ke UiTM . Habis ditelefon Arif , Amir dan lain-lain menanyakan proses penukaran universiti agar ada peluang untuk bertukar universiti .

.....

     " Kakak , siap-siap . Petang nanti , ayah balik kita terus gerak Kelantan , " suara ayahnya di telefon lembut memberi arahan .

     Malam sebelumnya , dia masih berkira-kira untuk ke temu duga kursus perubatan USM itu . Sudahlah perubatan bukan keinginannya , jauh ke Kelantan pulak tu . Namun , atas nasihat ayahnya sebagai latihan temuduga ke UKM nanti , dia ikutkan sahaja . 
     " Boleh kita nyanyi sama-sama ? " suara serak-serak basah fasilitator di atas pentas itu menyedarkan Aisyah dari lamunannya tentang sesi temu duga yang dilalui Aisyah dua bulan lalu .

     Kelihatan hampir semua fasilitator lelaki Minggu Siswa Lestari berada di atas pentas untuk menyanyikan sebuah nasyid raya sempena persembahan fasilitator .

     " Abang itu lagi ! "