Friday, April 10, 2015

2 Hitam Manis - Dua Tiga Kucing Berlari

     " Siapa ketua bas D ? " suara seorang fasilitator wanita yang lantang itu terus menyengat gegendang telinga Aisyah , langsung mengejutkannnya .

     " Saya , kak . Tapi tak cukup lagi . Dah cuba call tapi tak ... "

     " Aku tak kisah , kalau lambat ,ketua yang tanggung , " tak sempat Aisyah menghabiskan ayatnya.

     " Aduh , dahlah ketua bidan terjun . Mana aku nak kenal 40 orang dalam bas ni . Yang diorang ni pun , macam-macam , takleh punctual langsung , " Aisyah menahan sabarnya di hadapan kakak senior itu .

     " Siapa ada kenal yang tak datang lagi ni ? " Aisyah mula menunjukkan kreadibilitinya sebagai seorang ketua bas . Ketua bas pun ketua bas laa .

     " Yes , dah cukup . Jom naik bas ! " Aisyah sedikit lega selepas mengira ahli basnya sudah cukup .

......

     " Lari lari . Hujan ! " Mereka yang baru turun bas dengan wajah mamai itu terus memecut ke dalam kawasan hutan Lata Belatan , penempatan mereka untuk tempoh dua hari yang seterusnya .

     " Okay , letak barang kat sini dulu . Surau belah sana , tandas perempuan belakang dewan makan . Tandas lelaki bahagian sana . Sekarang semua solat dulu . sepuluh minit lagi kumpul dalam dewan utama , faham ? " sedikit tinggi suara saudara yang memberi arahan kepada mereka .

     " Serious tandas dia macam ni? " " Macam mana nak mandi ni ? Kolah ? " suara-suara yang kedengaran tidak Aisyah endahkan . Dia sudah biasa dengan keadaan kem sebegini . Asrama sewaktu zaman persekolahannya dahulu juga tidak kurang begini jika keputusan bekalan air .

.....

      " Jam , handphone , dompet , segala bagai gajet korang tolong kumpul dalam plastik yang dah diberi . Lima minit sahaja terus masuk dalam barisan ! " 

     " Kumpulan satu ? "

     " Ya ! " Aisyah dan ahli kumpulannya serentak menjawab . 

     " Pilih seorang ketua . Setiap kali beratur , ketua kena berada di hadapan barisan dan kira ahli kumpulan . Setiap ketua kena melaporkan status kumpulan masing-masing . Faham ? "

      " Faham tuan ! " Bergema dewan terbuka tersebut dengan suara para pelajar kesihatan USMKK .

     " Baik , sekarang kita berkenalan dengan fasilitator setiap kumpulan , "

     " Assalamualaikum , nama saya Acap . Fasi Kumpulan 1 . Tak payah nak panggil abang sangat ea , Acap cukup "

     Entah kenapa perkenalan sebegitu membuatkan hati Aisyah tercuit , dia hanya mampu ketawa sendiri di dalam hati .

    ......

     " Ikhwan"

     " Suci "
  
     " Has "

     " Aisyah "

     " Kuhan "

     " Wei Jia "

     " Ming "

     " Asmida "



     .....

     Sesi Pimpin Siswa di Hutan Lata Belatan kali ini persis kem ketenteraan . Panggilan semua bertukar menjadi Tuan . Tuan itu Tuan ini . Abang Kakak garang tak mahu senyum . Tapi , dalam suasana begitu sempat lagi ekor mata Aisyah melirik ke arah seseorang . 

     " Tolong pacak paku belah sana , " seorang " Tuan " meminta bantuan fasilitator berhampiran khemah yang sedang dinaikkan . 

     " Nampak susah je nak naikkan khemah ni .Tapi kalau abang tadi yang tolong , kerja susah pun jadi senang , " Aisyah sudah mula angau .

.....

     " Weh , bunyi siren ! " ahli khemah Aisyah sudah mula kelam kabut  .

     Aisyah yang masih menggosok-gosok matanya kelihatan tenang . Dia lupa dia masih dalam" kem tentera " . " Aisyah , cepat ! " gesa salah seorang rakan khemahnya .

     " Pukul berapa ni ? Kena bawak pinggan mangkuk tak ? Abang tu cakap kena bawak pergi mana-mana ? " Aisyah yang baru sedar mulai cemas .

     " Ah , sorok dalam bajulah pinggan mangkuk ni . Tak adalah segan sangat , " 

     " 5 , 4 ,3 , 2 ,1 "

     " Semua cukup ? Kumpulan satu cukup ? Dua ? Tiga ? .... " " Siapa yang bawa pinggan mangkuk tu dah kenapa ? Saya bagi sepuluh saat , balik khemah simpan ! "

     " Aduh , kata bawa pergi mana-mana . Tak serupa bikin , " Aisyah sedikit tertekan dengan suasana awal pagi itu .

     Gedebuk ! " Aduh dada aku ! " Aisyah menjerit sakit .

     " Kau okay tak ? " seorang pelajar lelaki yang tinggal di khemah hadapan Aisyah menegurnya apabila melihat dia tersungkur di celah-celah akar besar semasa dia berlari laju untuk memulangkan pinggan mangkuk " amanah " nya .

     Aisyah berlalu pergi malu tanpa sebarang kata .

     " Pagi ini , kita akan masuk hutan ! "

     " Nooo ! " " Seriously ? " " Gelap kot " " Hantu ! " Bising perkarangan kem Lata Belatan itu dengan suara-suara anak bandar yang jarang menyertai kem-kem pembangunan insan seperti ini . Aisyah sudah menjangka perkara ini berlaku kerana kebanyakan kem yang disertainya hampir semua melakukan aktiviti " night walking " ini , namun dia masih tidak dapat memadamkan perasaan takutnya terhadap makhluk ghaib lagi . Dia diam sahaja sepanjang aktiviti itu berlangsung .

     " Baiklah , password kita malam ini ialah " burung hantu " . Jika terjumpa siapa-siapa atau apa-apa , tanya mereka password ini .Jika saya tanya "burung" , kamu kena jawab "hantu" . Jika kamu tanya "burung" , jawapannya mestilah "hantu" . Selain jawapan tersebut , kamu teruskan perjalanan . Faham semua ? " serius Tuan itu memberi penerangan .

     " Faham Tuan ! "

.....

      Hari kedua mereka sarat dengan aktiviti sukan menarik . Bukan apa , PIC nya pun menarik perhatian Aisyah . Walaupun agak kebudak-budakan , namun aktiviti sukaneka itu sangat meriah dan dapat merapatkan lagi hubungan sesama ahli yang baru dibina dalam semua kumpulan . 
   
    Sebelum menjelang tengah hari , satu permainan masakan diadakan . Ayam disembelih sendiri ! Aisyah bukanlah selalu masuk dapur tetapi untuk masak simple recipe bukanlah satu masalah . Masalahnya , permainannya adalah untuk barter barang masakan yang diberi dengan kumpulan lain untuk melengkapkan resepi masakan setiap kumpulan .

     " Dapat rempah kari je ? Goreng jelah . Nak buat kari tak ada bahan lain , nak barter pun tak ada bahan lain nak tukar , " Aisyah memberi idea , Namun ada wajah yang sedang mengidam kari nampak tidak bersetuju dengan idea tersebut ,

     " Macam mana nak hidupkan api guna kayu arang ni ? " salah seorang yang menguruskan nasi bertanya .

     Salah seorang ahli lelaki di dalam kumpulan mereka terus mengambil alih hal "lelaki" tersebut .

     " Acap , ce tengok kari kitorang ? "

     " Tak pernah masuk dapur tolong mak ni, " Tiba-tiba kedengaran suara dari belakang Aisyah .

     " Kat dapur semua bahan ada abang oi , " desis Aisyah hanya mampu di dalam hati . Sempat dia berpusing melihat tuan punya suara . " Aduhai ! "

......

      " Guling semua guling ," meriah petang itu dengan balingan air dari fasilitator . Bukan sedikit , berbaldi-baldi . Dah tu , disuruh berguling pula di dalam selut di perkarangan kem tersebut . 

     " Jom masuk hutan ! Hari ni , kita belajar sedikit alam semula jadi , "

     " Iya lah tu , tak boleh percaya tuan-tuan kita ni ! "

     Benar tekaan Aisyah . Rupa-rupanya ada sebuah kolam lumpur di kawasan hutan tersebut .  Disebabkan mereka merupakan kumpulan satu , kumpulan Aisyah terpaksa berada di belakang sekali . 

......

     " Jom buat ninja turtle nak tak nanti masa lompat dalam kolam tu ? " ceria Has memberi cadangan.

     " Alamak , aku seganlah . Baik aku jalan dulu ! " Aisyah melajukan langkahnya . 

     Lepas halangan pertama ! Sakan fasilitator menyakat . 

     Ada lagi rupanya ! " Oh , inilah budak barcelona yang kau cakap tu ? " " Haah , inilah dia , " Dua orang fasilitator di hujung kolam itu mula berkomunikasi tanpa berhenti acah-acah membaling lumpur ke arah Aisyah .

    " Budak Barcelona ? " Aisyah lantas memandang dan meraba-raba baju jersey yang disarungnya setelah sedikit jauh dari mereka berdua .

     

No comments:

Post a Comment