Wednesday, December 14, 2016

5 Jambatan Tuhan - Dua Tiga Kucing Berlari

     " Entahlah , kita rasa bersemangat hari ini . Rasa macam nak beribadah hari ini , " Aisyah yang sedang menaip sesuatu di komputer ribanya berhenti lalu memandang kawan sebiliknya . Walaupun merasakan statement itu tidak seperti kebiasaan , demi menghormati kawannya , Aisyah terus mendengar . Dalam hatinya , dia mengucapkan syukur . Sudah lama dia menunggu hari itu .

     Selama mengenali Shahirah , Aisyah selalu merasakan dia gagal menjadi kawan yang baik . Tidak menganjurkan yang baik-baik , tidak menegah yang salah . Aisyah terlalu ' inferior complex '. Tidak kuat dalam urusan dakwahnya . Tetapi , Aisyah tidak pernah lupa untuk berdoa untuk kebaikan kawan dan keluarganya . Hanya itu yang dia mampu dan berani buat .

     " Alhamdulillah , kita sama-sama istiqamah ! " Aisyah tersenyum .

......

      " Aisyah , Subuh ." kawannya menggoncang-goncang badan Aisyah . Aisyah membuka mata . 
" Suara siapa pulak ni ? "  Dia mengalih badannya ke arah empunya suara . Selalunya Atikah yang mengejutkan mereka bertiga Subuh dengan suara 'mak cik' nya . " Shahirah ! " Aisyah bangun ceria dengan perubahan yang berlaku .

......

     " Kalau kita lalai , tak jaga solat boleh korang tolong tegur ? " Shahirah memecahkan kesunyian bilik itu . " Insya Allah , kita sama-sama tegur . Kita pun sama je Sha , " Aisyah membalas dengan senyuman manisnya ditambah lesum pipit generasi Kak Pah !

......

     Shahirah , dia belum cukup kenal dengan kawannya itu . Hanya sekadar latar belakang keluarga dan beberapa peristiwa pahit yang berlaku dalam hidup kawannya itu memberi Aisyah sedikit gambaran tentang peribadi Shahirah . Dia tidak mahu menambah lagi kekusutan hidup Shahirah namun kadang-kadang dia gagal menjadi yang terbaik .

.....

      " Wah seronoknya baring sini malam-malam ! " Shahirah keriangan sambil memandang lama ke arah bintang yang memenuhi langit malam itu . Tidak cukup seorang , tetapi Aisyah sudah gembira dengan reunion Study Group Apex mereka . Skemanya nama ! Hari itu hari jadi Atikah , lama mereka menunggu di luar bilik MPP menyorok . Siap dengan gitar dan party cake Aisyah dan kawan-kawannya yang lain membuat persediaan .

     " Nak main truth or dare ?" Aisyah memecah kesunyian malam itu . "Jom" serentak jawapan didengari . Tapi tak sampai lima minit , permainan tersebut bertukar menjadi sesi curhat dan kaunseling . Aisyah merenung lama ke langit sambil hatinya berulang mengucap syukur kerana dia tahu Tuhan sudah temukan dia dengan sahabat yang akan selalu ingatkan dia . "Terima Kasih Tuhan"
     
     

No comments:

Post a Comment